h1

Kapal Terbang Kertas

November 23, 2007

Hak Cipta: Streetbook

Sesekali merenung jauh di hujung jendela. Pungguk lihatnya malam tenang sekali. Pungguk juga agak nakal. Dan pada suatu hari waktunya malam, Pungguk berdiri santai di jendela rumahnya. Tiba-tiba tangan Pungguk dibasahi air. Pungguk ingatkan hujan dan berundur setapak ke belakang dibiarkan 5 minit merenung cuaca. Pungguk berkata “tak hujan pun.”. Pungguk berasa hairan kenapa tangannya basah? Air apa yang jatuh. Lantas Pungguk pun maju semula setapak ke hadapan. Direnungnya Pungguk pada langit dicari-cari punca dari mana air itu jatuh. Awan malam mula berarak dan Pungguk melihat perarakan awan itu. Terlihatnya Pungguk, Bulan menangis dibalik awan. Lalu Pungguk bertanya “kenapa menangis.” dan dijawab Bulan “aku seorangan.”. Pungguk berasa hairan dan berfikir apa fungsinya bintang yang berjuta di sisi Bulan.

“Bulan, bintangkan ada disisimu.” kata Pungguk lagi. “tapi aku rasa sepi.”. Berkata-kata Pungguk di dalam hati mengada-ngada sungguh Bulan ini. Bulan tangis pada malam saban hari dan ditemani Pungguk di tepi jendela. Pungguk mulai jatuh cinta pada Bulan. Pungguk takut untuk menyatakan suara cintanya. Setiap malam segala kertas bersaiz A4 berjenama DoubleA milik Pungguk dilipat-lipat menjadi kapal terbang kertas. Kapal terbang kertas itu dibuatnya terlalu banyak. Pungguk cuba menerbangkannya ditepi jendela agar ia sampai pada Bulan. Kapal terbang kertas itu mempunyai watikah cinta Pungguk buat Bulan.

Setahun telah berlalu, Pungguk masih menerbangkan watikah cintanya tapi tidak satu pun sampai pada Bulan. Pungguk tekad dan berusaha mencipta roket pertamanya untuk ke alam semesta dan meluahkan rasa cintanya dengan sendiri. Akhirnya Pungguk berjaya membina sebuah roket dan bersedia untuk berlepas. Masa yang dinanti sudah sampai. Pungguk berjaya berlepas ke angkasa dan bertemu Bulan di alam semesta. Bulan bertanya pada Pungguk “kenapa kamu kemari.”. Diam Pungguk, dikeluarkan satu kapal terbang kertas dari baju angkasanya. Dilepaskannya pada Bulan. Bulan membuka lipatan kapal terbang kertas itu kemudian melihat Pungguk. Pungguk menjawab “aku kemari untuk berada disisimu Bulan.”. Bulan berasa amat gembira dengan usaha Pungguk.

Bulan tidak menangis lagi. Tapi Bulan bertanya pada Pungguk “Pungguk, duniamu dan aku tidak sama masakan kamu boleh hidup di sini.”. Jawab Pungguk ringkas.”aku punyai roket, percaya padaku selepas seminggu aku akan hadir disisi.”. Kapal terbang kertas menjadi bukti dan saksi. Sebelum Pungguk pulang ke bumi kapal terbang kertas dipohon Bulan untuk menemani.

h1

Aduh Hindraf, Janganlah Begitu!

November 23, 2007

Diambil Tanpa Izin Dari: Antara Bumi & Langit

Ketika rakyat malaysia dan warga dunia sedang sedia untuk terima angin cosmopolitan, tindakan rakan-rakan dari HINDRAF bagaikan satu langkah ke belakang. maaf rakan, sebelah tanganku akan membantumu dan satu lagi terpaksa menahanmu.

aku takkan timbulkan apa-apa lagi perselisihan antara agama mahupun bangsa kerana kita dah ada UMNO dan BN untuk itu. aku tak pula akan menyerang balas HINDRAF atas apa desakan yang mereka buat, aku cuma ingin mengaku kesalahan aku, dan menunjukkan kesalahan kamu.

kaum india adalah kaum kelas kedua. mereka dianggap hina, miskin dan kaki todi. itu persepsi umum, walaupun individu itu adalah peminat shahrukh khan. ini pandangan yang cetek, salah dan sangat bahaya. hamba Tuhan takkan berpandangan seperti ini.

bila kita tengok balik kaum india di Malaysia, kita akan melihat kemelaratan, miskin dan sering bekerja sebagai kuli. sedang UMNO dan MCA ada universitinya sendiri, MIC hanya ada kolej. peluang untuk kaum india bangun adalah sikit.

kaum india mempunyai sejarah yang panjang. dalam buku sejarah melayu ada menyebut bagaimana kerajaan perak diserang oleh tentera dari india. ketamadunan mereka yang dibina atas satu tamadun yang lain, berlapis-lapis. malah pengetahuan mereka amat tinggi sehingga membantu ahli matematik muslim dari menyempurnakan sistem kira-kira (dari kanan ke kiri) dan sistem perpuluhan. mereka bangsa yang hebat sebenarnya. mereka tak patut dipandang bangsa kelas kedua.

ada yang berpendapat kaum india ini tidak berpelajaran, gengster dan belagak. soalnya, sempurnakah kita? elok sangatkan kita ni? apa dalam seikat sirih takkan tak ada yang di makan ulat?

setiap hamba Tuhan harus merendah diri dan menganggap insan yang lain sebagai insan yang ada keluarga, ada perasaan dan kehendak. mereka juga hamba Tuhan.

begitulah, perlu ada ruang untuk berbincang. harap HINDRAF dapat melihat semula pemintaan mereka agar rambut yang ditarik tak tumpah, rambutnya dapat. sesungguhnya kita ada musuh yang sama, Umno/BN. musuh kamu bukannya melayu/islam.

Allah lebih mengetahui..

nota kecil: aku nak p tgk sivaji. aku dah dapat coy yang ada subtitle. daaahhh….